Get widget here /
Powered by Blogger.

RSS

kawanku...aku x minta wajah sebegini..

ramai wanita yang mengimpikan wajah yang cantik...ada yang sanggup menghabiskan beribu ribu duit hanya semata-mata memiliki wajah yang cantik. ada juga yang sampai sanggup mengubah ciptaan Allah, botox dan susuk adalah ilmu hitam yang paling popular di kalangan manusia2 yang terlalu taksub dengan kecantikan....

aku pula hanyalah seorang wanita biasa, yang dikurniakan wajah yang matang dan tampak garang, berkulit hitam, dan memiliki masalah kulit berjerawat..tapi aku redha..ini adalah ketetapan dari Illahi...aku masih boleh bersabar apa yang Allah kurniakan padaku....kerana setiap ciptaan Allah itu pasti ada hikmahnya...

Tapi hatiku sering kali berkecil hati apabila kawanku sering menegur tentang wajahku...aku sedar wajahku ini nampak garang.tapi ketahuilah kawan, aku bukan sengaja berbuat begini...perlukah aku senyum 24 jam untuk mengelak dari orang berkata yang aku seorang yang garang?? akuu memiliki mata yang dari kecik dikelilingi lingkaran gelap bawah mata....ditambah pulak aku memiliki kening yang garang...dan Allah juga ciptakan aku dengan mulut yang kecil..yang menyebabkan aku kelihatan seperti seorang yang serius....Ya allah, sesungguhnya aku redha dengan apa yang engkau kurniakan padaku..

kawanku...
betapa kecilnya hatiku, apabila hari ini sekali lagi engkau menegur tentang wajahku..salahkah aku untuk kadang2 menjadi diri aku sendiri?? termenung dan memikirkan tentang masalah sendiri?? sesungguhnya aku tidak sedar pabila aku mempamerkan muka yang serius...tapi jujur dari hatiku, aku tidak pernah berniat untuk mempamerkannya...tapi fahamilah kawankuu...ini adalah wajah sebenarku..aku tidak tahu bagaimana lagi untuk mengubah semua ini.. aku juga tidak tahu lagi bagaimana ingin menjelaskannya...

kawanku..
betapa pedihnya hatiku saat engkau mengeluarkan ayat " macam nak sepak2 ja buat muka macam tu"..mungkin kamu x sedar kata2 itu mngecilkan hatiku..tapi aku hanya tersenyum kerana x tahu apa yang harus ku jelaskan lagi....sebelum ini..kamu dah pernah bagi tahu tentang x wajahku..ya aku terima.dan aku dah pown jelaskan yang wajahku memang macam ni..Allah kurniakan aku wajah yang garang dan bengis...aku masih tersenyum kan masa 2? aku x marah...trima kasih kerana berani memberitahu hal yang sebenar..tapi untuk kali ini akuu amat berkecil hati..

kawanku.....
jika kamu benar2 seorang kawan yang prihatin, saat melihat aku serius seperti ada masalah...kamu boleh bertanya dengan lembut seperti

  " kenapa nie jieha?ada masalah ke?seriuss jaa"...

x salahkan kawanku, bertanya macam 2?lebih lembut dan aku pown sudi untuk berkongsi cerita....tapiii niee x..untuk aku berkongsi cerita pown jadi xde mood..hnyaa menmbahkan luka di hatikuu saja saja kamu mengeluarkan kata2 ni..

  "ko nie kenapa jieha?takut aku tengok"

emmmmmm....dengar ayat yang last 2 pown dah menambahkan luka di hati......sesungguhnya kawanku..aku pown memiliki perasaan. walaupun aku memiliki wajah yang bengis...tapii dalaman ku sangat sensitif..tapi aku x pernah marah korang kan? cubalah korang pkir..saat aku gembira aku akan tersenyum.dan korang akan tertawa..tapi saat aku bersedih, korang hanya menambahkan luka di hati....

sedarlah kawanku..
xde wanita yang ingin dirinya dipandang sebagai seorang perempuan yang berwajah bengis...setiap pompuan ingin dirinya dipandang ayu dan manis...aku dah cuba sehabis baikk untuk menghiburkan kalian..memberi senyuman pada kalian...bertutut kata yang lembut pada kalian...aku cuba menutup raut wajahku yang garang dengan memberi senyuman dan bergelak tawa dengan korang...tapii aku hanyalah manusia biasa...ada masanya aku jadi pendiam.bukan bermakna aku marah tapi aku x larat nak buka mulut..heheheee...dot pot pet2 24 jam..penat taww..huhuu.dan saat aku berdiam diri..korang x perlulah rasa takut pada aku..kerana aku sebenarnyaa x stress pown cuma raut wajahku memang begini...sentiasa dalam keadaan stress...hanya dengan senyuman aku akan nampak ok. btol kan kawanku??..tapi korang phamlaaaa..xkan aku nak kena senyum 24 jam depan korang? penat kan.....

duhai kawanku...
aku x tahu lagi apa yang harus aku lakukan untuk memuaskan hati korang....aku cuma berharap korang dapat terima wajahku....emm...aku bukan nak puji diri aku sendiri...tapi aku rasa akuu nie baikk walaupun aku punya wajah yang bengis..and aku rasa korang pown rasa cam 2 kan? (alamak masuk bakul angkat sendiri la plak)...huhu...apa2 pown...aku harap korang selesa dengan aku..kerana aku dah x mampu ubah wajahku..ni sememangnya wajah akuu...andai kata boley wat surgery atas wajahku...dah lama aku buat..biaq ampa semua tengok akuu ayu n manis jaa...ngehhngehhh....

akhirnyaa kata ini adalah wajah asalku....aku harap korang paham..aku akan tersenyum andai aku gembira....tapi pabila aku berdiam diri jangan sangka aku marah...aku x marah..tapi ini adalah wajahkuu...hope sangat korang phamm..pleesee k kwanku....trimalah aku seadanyaaaaa..aku x chantek..harap korang sudi kawan dengan kuu..terima kasihh..sudi meluangkan masa baca nukilan ku inie.....assalamualaikum...


wajah seriusku....memang seram ek?emmm..ciptaan Illahi.

tapi akuu tetap tersenyumm saat aku meraskan kebahagian dalam hidupku


jauhh dari insan2 tersayang..kawan2 adalah pengubat lukaa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

wanafifey said...

haip, hg jugak cantik!yakin tu penting!hehe. yg penting inside beauty :)

Post a Comment