Get widget here /
Powered by Blogger.

RSS

ya allah!!aku jatuh cinta!!!






ya allah...
periharalah hambamu ini
sesungguhnya engkau telah menerbitakn
perasaan cinta yang kuat buat dirinya
kuatkanlah imanku
dalam menempuh dugaan perasaan ini

ya allah..
jika benar dia adalah pemilik tulang rusukku,
engkau satukanlah hati kami berdua,
permudahkanlah hubungan kami berdua,
lalu engkau satukanlah kami
dengan ikatan pernikahan yang sah

ya allah,
sekira niatnya 
untuk memperisterikan aku
adalah keputusan yang tepat
engkau permudahkanlah
urusannya,
engkau jauhkanlah dya dari
malapetaka dan kecederaan
di saat mencari mata
pencarian sebagai
bayaran mas kahwin
sesungguhnya aku tidak
sanggup untuk melihat
walaupun segaris luka
di tubuhnya...

ya allah,
kami tidak pernah berniat
untuk mensia-siakan hubungan ini
kami ingin mengukuhkan lagi
ikatan antara kami berdua
berikahlah kami hidayah
dan petunjuk untuk kami
menghasilkan yang terbaik agar
kami terhindar dari
kancah penzinaan....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

barang Kesayangan aku!!!


p/s : nie blog tentang aku yang tangkap cintan…
if x sukaa..jngann teruskann…(^_^)
aku tulis blog niee just tuk tatapan aku sendiri di masa tua nanti..seronokkan dapat ungkit semula kenangan-kenangan masa muda apabila kita sudah meniti usia tua nanti..

tuk kali nie aku sangat berminat tuk nak mencoret tentang kisah kehidupan aku yang sedang ditemani bunga-bunga cinta…

aku macam korang gak..besala usia2 remaja nie kan…darah muda..suka sungguh layan cintan, merangkap benda-benda paling lagha(lara) kat dunia nie..actually kan bila dipikirkan blek, napa remaja suka tangkap cintan ek?emmm..kloo Tanya aku laaa, aku akan jawab sebab ada laki yang sudi trima aku seadaanyaa…owhhhh…bukan mudah owww owang nak trima kita seadaanya..klo owg yang kuar je dri prut mak, cun macho 2 xpelaaaa….tapi klo yang sebaliknya?hanya sikap kita yang akan dinilai orng..
untuk aku, Alhamdulillah, aku diberi kesempatan tuk berkasih sayang ngan seorang adam yang sangat baikk + sporting + penyayang + berugama + yang sewaktu nganyaa..malasnyaa nak puji lebih2..t ada owang yang sluar terkoyak lak kan..=)..

aKu sebenarnya baru je pulang dari Melaka niee….jalan-jalan ngan dua jejaka cool n terbaik yang pernah aku kenal..sorang yang amat bernilai buatku. N sorang lagi insyaallah akan jadi yang paling aku kasihi..emmm..dok tak dokk.. baru aku sedarr, upanya dah banyak barang couple antara aku ngan dya.wahhh..banyakk gakkk duit saku kami habis noo sebab tangkap cinta nie…aduh-aduhh….apa2 pownn aku sangat berminat  untuk simpan kenangan nie dalam blog aku..nanti ley la anak-anak n cucu2aku tengok betapa bestnya zaman bercinta nie..hahaha….wang saku men buang cam2 ja…hoho..

dalam banyak-bnyak benda yang kami ada, nie la barang couple pertama antra kami, our rings =)
..cincin nie disarungkan pada 17 OCTOBER 2010..actually kami start relationship 27 SEPTEMBER 2010, tapi disebabkan aku dilamar pada 17 OCTOBER 2010, so aku ambik tarikh nie sebagai anniversary kami…actually tarikh nie tarikh pertunangan kami..dari segi islam,”bila seseorang wanita tu dah bersetuju untuk menerima lamaran seorang lelaki untuk dijadikan isteri,bermakna hukumnya haram jika wanita tersebut menerima lamaran lelaki lain”ini apa yang si dia n abgku ajarla..tetapi disebabkan adat melayu,aku jadi x confident  tentang status tuning kami.tapi x kisahla, yang penting parents kami dah berkati hubungan kami.kami gunakan tarikh nie laaa tuk ukur tempoh hubungan kami sebelum kahwin.

haaa…nie barang first yang akuu kasi kat dyaa sebagai bufday diaa…MUG COUPLE.yang black for him.pink for me =)...bagus x aku?alang-alang nak abeskan duit beli adiah kat buah hati, bek beli yang pair kan??hehehe..jimat pown jimat, sweet pown sweet=)aku suka sangt mug nie, sebab cute sangat!!!!!..tapi dya genaa ek?heeheee…..

emm..nieee barang yang kedua aku belikan untuk kami berdua…SWEATER UITM!!!hahahaaa..abes xde sweater laen ka aku nak bagi kat dya????yup! memng xdalaaa that’s y aku beli yang nie!...aku nie memng susah nak beli baju..tapii klo bayar ansur2 tu xpalaaa..xlaa nmpakk mahal sangt walaupun hakikatnya memng mahal.aku baru ja bagi sweater nie kat dya semalam..bukan main suka g dia..lega hatiku dya berpuas hati ngan pemberianku=)..syukur dapat lelaki yang x brapa nak memilih….

Barang yang seterusnya pulak, ialah Bracelet…akuu sukaa nieee..dya yang pilih..otak dya memng jiwang  setiap masa..semua nak love..ala2 girly gitu..ehhee..jangan marah ye abgku cyunk…pada mulanya corak nie tinggal satu ja.memang sedihla.sebab kami suka barang couple.apa2 yang kami pakai or beli klo bley nak sama ja semua…cari punya cari, gali punya gali..akhirnya jumpa jugak..Alhamdulillah kami punya taste selalu sama ja..so apa yang salah seorang dari kami bagi  benda..selalunya masing2 berpuas hati...kami beli dekat Melaka…murahh ja nie..nak taw harga g cari sendiri..hheheee…

Emm apa lagii yaa..owhh ya terlupa lakk..wat masa sekarang nie la yang terlast sekali barang couple kami…T-shirt PUMA yang x brapa nak PUMA…ehhehee..nie simple jaaa.kamii jalan2 kat uptown..nampakkk..kamii tibaii jaaaa….tabi before nak tibai 2, kami cari inner itam dulu laa.sebab baju nie tngan pendek..memang xlaa dya nak benarkan aku pakai tangan pendek…cerai talak 3 truiihh..merana aku…hahaaa

Boley dikatakn kebnyakn barang couple kami, kami rembat kat Melaka jaa…sebab murah n unik=)..hehe..xperlu nak beli mahal2.nak beli mahal2 tunggu hantaran kahwin nanti..kehhkehhkehhh….biar murah asalkan hati nie ikhlas memberi dan menerima…g pown aku x pernah kisah nilai sesuatu..apa ja barang yang datang dari dya akuu akan jaga macam nyawaku..aku syg gila kot kat barang-barang yang ada kengan antara aku dan dia especially barang couple kami nie..gilerrr..x pernah agie aku kumpul barang couple..nie laaa 1st time akuu berminat tuk kumpul barang2 couple nie…sebab dia laa..dia ajar aku untuk jadi SWEET macam gula-gula kapas…

akhir kata aku tulis nieee just tuk mengisi masa senggangkuu...tanx ye pada kawan2 yang sudi baca post aku nieeee...
p/s buat mursyah zauji : u smile? i smilee too...I KaNgen U EVERYDAY..kehkehhkehhh

ehhhh....nieee.adiK upload sket gmbr kenangan kitaa...check it outtt!!! (^_^)..
    
 
happy together







































love botH of U!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku yang penat dengan hidup





Hari ini aku terpikir lagi,
terlalu banyak kepuraan
Sampai bila semua ini akan berakhir
Aku ingin menjadi diriku yang sebenar
Diriku yang pernah digelar
Sebagai “happy go lucky girl”
Tapi kenapa?
Kenapa aku x dapat menjadi seperti itu d sini?
Kenapa aku x dapat merasakan perasaan “happy” itu?
Adakah kerana jauh dari “family”
Menyebabkan aku rasa kurang kasih sayang?
Adakah kerana aku rindukan kawan-kawan disana?
Adakah kerana kurangnye keyakinan diri di sini?
Ya!
Mungkin itulah yang paling tepat sekali,
Di sini aku berasa terlalu “humble”
Dikelilingi kawan-kawan yang banyak kelebihan
Menyebabkan aku rasa
‘siapalah aku untuk mendampingi mereka’
Ya...
Inilah satu penyakit yang cuma aku
Boleh mengubatinyaa,
Tetapi kenapa sampai sekarang
Aku tidak menemukan jalan penyelesaian?
Apakah masalah aku sebenarnya?
Tidak hairanlah jika ada yang membenci aku,
Aku tidak menyalahkan mereka
Kerana aku sendiri memiliki
Perasaan bencikan diri sendiri..
Hinakah aku?
Tidak sama sekali
Aku dilahirkan hasil  benih kasih sayang
Mama n abah yang sah di sisi Islam
Tapi kenapa aku bencikan diri aku??
Kenapa?kenapa?kenapa?
Ya allah,
 bantulaa hambamu
Melayari liku-liku kehidupan..
Aku inginkan “happy” yang
Pernah aku rasakan suatu masa dahulu
Aku x ingin menjadi seperti sekarang
Hanya duduk memerhati dan tersenyum
Itupun kerana ingin mengambil hati
Yang memandang…
Sedangkan dalam hati inii
Hanya engkau dan akuu
Yang tahuu…tawarnyaa senyumanku..
Ya allah,
Aku tidak ingin melihat pandangan matanyaa
Yang terlalu sinis memandangku
Bencikah dia* padaku?
Hinakah aku di matanya?
perlukah aku luahkan segalanya padanya?
Segala keseksaan yang aku hadapi
 selama ini?
Sudikah dia untuk mendengar
Luahan hatiku?
Siapakah aku ini di matanya?
Bukan teman apatah lagi sahabat..
Walhal kawan pown tidak layak aku rasakan..
tidak mengapa..
mungkin ini ujian pertama buatku,
yang aku tahu, masih lum timbul
perasaan untuk membencikan 
wajah yang muncul lam hidupku
sampai saat ini akuu masih
ada perasaan untuk perbetulkan keadaan.
kerana aku masih menyayanginya
masih merindui dia..
sakit dia#, masalah dia,
aku masih ambil berat
walaupun mungkin dia tidak sedar..
yang aku x tenang saat dia menghadapi 
kesukaran dalam kehidupan..
Soal hati,
biarlah aku pendamkan dahulu,
kebahagian dia",kegembiraan aku jua
tulus ikhlas dari hatiku
aku sangat rindukan 
saat kami bersama..
Tuhanku,
Luka di hati hanya engkau yang tahu
Aku memerlukan engkau sepanjang hidupku
Kerana hanya engkau yang maha memahami
Tidak akan sesekali aku
Pergi jauh meninggalkanmu…
Hanya kepadaMu Yarobbi
Aku memohon kekuatan…..

dya(*)(#)(")...give different meanings

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali





1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn
selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah
amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah
amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan
"Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MenGiKis PeRasaaN beNci

Membenci seseorang bukanlah perkara yang membahagiakan. Lagi kita bencikan lagi hati kita akan sakit. Melihat dya bahagia adalah perkara yang paling kita x inginkan. Tapi layakkah kita untuk membenci seseorang? Sememangnya TIDAK LAYAK sama sekali.Siapa kita untuk membenci makhluk ciptaan Illahi? Kita sendiri punya kelemahan dan keburukan yang mampu membuatkan orang lain tidak senang dengan kehadiran kita.

Tapi lumrah kehidupan, setiap orang dalam dunia nie pasti ada orang yang dia x suka. Begitu juga aku.Semakin hari aku semakin x senang dengan kehadiran dia dalam hidup aku. Tapi apakan daya semua nie adalah hasutan syaitan.Kadang kala aku tewas untuk menepis bisikan virus nie.
Walaubagaimanapun aku tetap cuba untuk membuang perasaan ini. Sampai bila aku nak memendam perasaan ini? So aku ambik keputusan untuk buang perasaan ini. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk buang 100% perasaan benci kita pada orang. Tapi insyaallah andai kita ikot step by step, Allah pasti membantu kita.

Untuk diri sendiri,cuba mengamalkan step-step di bawah:
1)     1) Cuba membuka hati untuk terima kehadiran dia dalam hidup kita

2)    2)  Cuba mengambil hatinya (mendekatkan diri kita dengan dia)

3)     3) Sedaya upaya kita bersabar bila dya bersikap kasar atau x menyenangkan hati kita

4)     4) Banyakkan berdoa pada Ilahi agar Allah membuang warna hitam dalam hati.

5)     5) Memanfaatkan masa bersama yang ada

6)     6) Cuba mengubah diri sendiri ke arah yang menyenangkan pihak terbabit

7)     7)kalau kita nak marah atau benci pada seseorang, pandanglah terlebih dahulu sekecil-kecil perkara baik yang pernah dia buat pada kita

8)      8)memaafkan semua orang sebelum tidur malam.

Untuk step di atas aku gunakan bila timbul perasaan kurang senang dengan orang sekeliling.
Andai perasaan benci itu timbul antara kita dengan orang yang kita sudah tidak berhubung (putus hubungan) lain pula langkahnya. Kebenciaan di tahap ini mungkin lebih menyakitkan hati kita. Kita akan berdendam dan benci untuk melihat mukanya.

1)     1) Untuk masalah seperti ini penawarnya yang paling utama adalah penyelesaian secara face to face.   Kemarahan yang wujud dapat di redakan dengan memohon kemaafan

2)     2) Belajar untuk menerima hakikat akan apa yang terjadi.Meredhai segalanya

3)      3)Seperti biasa memohon pertolongan dari Illahi untuk membuang warna hitam dalam diri kita.

4)      4)Cuba muhasabah diri. Antara rasa tak suka, marah, geram dan rasa berlapang dada, sayang dan sabar, mana lagi baik di sisi Allah dan mendatangkan kebaikan berbanding keburukan

Di dalam al-Quran, Allah tegas memerintahkan agar seorang Muslim tidak memusuhi, mencaci, dan berburuk sangka kepada Muslim lain. Umat Islam harus memegang teguh persaudaraan Islam sebagimana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 103: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.’

Dari ayat ini bisa kita ambil hikmahnya bahwa sikap yang paling bijak ialah berusaha memperbaiki diri, sekaligus menjadi orang yang pemaaf. Sebab itulah yang selalu dilakukan Rasulullah SAW sepanjang hidupnya. Sedangkan hidup Nabi adalah contoh bagi setiap mukmin.

p/s : masa ngah usha2 blog someone..tiba-tiba terjumpa statement nie
Adakala seseorang tu tak ada salah apa-apa pun pada kita, tapi tengok muka dia sahaja dah membuatkan kita rasa meluat, menyampah dan benci.
Kategori “Muka mintak penampar!” kata senior saya di sekolah dulu.”
Ayatnya lebih kurang pengalaman hidupku…hehehe…sekadar perkongsian di masa senggang.sekian…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HUKUM MENCUKUR BULU KAKI

ingin memiliki kaki yang licin???


Semakin meningkat dewasa, semakin jauh perjalanan kita, semakin banyak ilmu-ilmu dan benda-benda baru yang kita pelajari dari keadaan sekeliling. Ada yang datang dari kebaikan dan ada juga yang datang dari keburukan. Namun, dalam usaha memantapkan lagi iman kita, kita haruslah berusaha dalam memastikan perkara yang benar dan salah.

Untuk kali ini terdetik dihatiku untuk merungkai segala kekusutan yang menganggu fikiranku. Sebelum ini. Sewaktu aku menuntut di IPTA, terdapat juga kawan yang gemar mencukur bulu kaki walhal daripada apa yang telah ana belajar di sekolah mencukur bulu kaki hukumnya adalah haram kerana termasuk dalam MENGUBAH CIPTAAN ILLAHI.
Merujuk kepada hadis di bawah:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Ertinya :  Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo, tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta
dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah“ ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .

Dari apa yang ana paham berdasarkan hadith di atas, para wanita tidak dibenarkan mengubah ciptaan Illahi. Mencukur bulu kaki juga termasuk dalam kalangan mengubah ciptaan Illahi.


      “Namun , bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka , tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal , maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .

HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan dibetulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri.”


Kesimpulannya di sini, hukum mencukur bulu kaki adalah haram. Namun ia adalah dibolehkan sekiranya seseorang wanita itu mempunyai hormon yang terlalu kuat sehingga bulu kakinya menyerupai kaum lelaki dan membuatkan dirinya berasa rendah diri.
Bagi para wanita yang sengaja mencukur bulu kakinya untuk kepuasan dirinya semata-mata..hukumnya adalah haram kerana telah mengubah ciptaan Illahi tanpa sebab-sebab yang diizinkan syariat.

Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah, beringatlah yang segala kejadian yang terjadi atas diri kita adalah kehendak darinya..Redha dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan dari Dya untuk kita.Sesungguhnya segalanya adalah milikNya dan kita hanyalah peminjam untuk sementara.

Akhir kata, segala yang ana tulis ini adalah buat peringatan diriku sendiri dan kepada sesiapa yang sudi untuk menerima perkongsian ilmu dariku…segala Yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari diri ana sendiri.Allahwuhallam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS