Get widget here /
Powered by Blogger.

RSS

aku yang penat dengan hidup





Hari ini aku terpikir lagi,
terlalu banyak kepuraan
Sampai bila semua ini akan berakhir
Aku ingin menjadi diriku yang sebenar
Diriku yang pernah digelar
Sebagai “happy go lucky girl”
Tapi kenapa?
Kenapa aku x dapat menjadi seperti itu d sini?
Kenapa aku x dapat merasakan perasaan “happy” itu?
Adakah kerana jauh dari “family”
Menyebabkan aku rasa kurang kasih sayang?
Adakah kerana aku rindukan kawan-kawan disana?
Adakah kerana kurangnye keyakinan diri di sini?
Ya!
Mungkin itulah yang paling tepat sekali,
Di sini aku berasa terlalu “humble”
Dikelilingi kawan-kawan yang banyak kelebihan
Menyebabkan aku rasa
‘siapalah aku untuk mendampingi mereka’
Ya...
Inilah satu penyakit yang cuma aku
Boleh mengubatinyaa,
Tetapi kenapa sampai sekarang
Aku tidak menemukan jalan penyelesaian?
Apakah masalah aku sebenarnya?
Tidak hairanlah jika ada yang membenci aku,
Aku tidak menyalahkan mereka
Kerana aku sendiri memiliki
Perasaan bencikan diri sendiri..
Hinakah aku?
Tidak sama sekali
Aku dilahirkan hasil  benih kasih sayang
Mama n abah yang sah di sisi Islam
Tapi kenapa aku bencikan diri aku??
Kenapa?kenapa?kenapa?
Ya allah,
 bantulaa hambamu
Melayari liku-liku kehidupan..
Aku inginkan “happy” yang
Pernah aku rasakan suatu masa dahulu
Aku x ingin menjadi seperti sekarang
Hanya duduk memerhati dan tersenyum
Itupun kerana ingin mengambil hati
Yang memandang…
Sedangkan dalam hati inii
Hanya engkau dan akuu
Yang tahuu…tawarnyaa senyumanku..
Ya allah,
Aku tidak ingin melihat pandangan matanyaa
Yang terlalu sinis memandangku
Bencikah dia* padaku?
Hinakah aku di matanya?
perlukah aku luahkan segalanya padanya?
Segala keseksaan yang aku hadapi
 selama ini?
Sudikah dia untuk mendengar
Luahan hatiku?
Siapakah aku ini di matanya?
Bukan teman apatah lagi sahabat..
Walhal kawan pown tidak layak aku rasakan..
tidak mengapa..
mungkin ini ujian pertama buatku,
yang aku tahu, masih lum timbul
perasaan untuk membencikan 
wajah yang muncul lam hidupku
sampai saat ini akuu masih
ada perasaan untuk perbetulkan keadaan.
kerana aku masih menyayanginya
masih merindui dia..
sakit dia#, masalah dia,
aku masih ambil berat
walaupun mungkin dia tidak sedar..
yang aku x tenang saat dia menghadapi 
kesukaran dalam kehidupan..
Soal hati,
biarlah aku pendamkan dahulu,
kebahagian dia",kegembiraan aku jua
tulus ikhlas dari hatiku
aku sangat rindukan 
saat kami bersama..
Tuhanku,
Luka di hati hanya engkau yang tahu
Aku memerlukan engkau sepanjang hidupku
Kerana hanya engkau yang maha memahami
Tidak akan sesekali aku
Pergi jauh meninggalkanmu…
Hanya kepadaMu Yarobbi
Aku memohon kekuatan…..

dya(*)(#)(")...give different meanings

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS