Get widget here /
Powered by Blogger.

RSS

HUKUM MENCUKUR BULU KAKI

ingin memiliki kaki yang licin???


Semakin meningkat dewasa, semakin jauh perjalanan kita, semakin banyak ilmu-ilmu dan benda-benda baru yang kita pelajari dari keadaan sekeliling. Ada yang datang dari kebaikan dan ada juga yang datang dari keburukan. Namun, dalam usaha memantapkan lagi iman kita, kita haruslah berusaha dalam memastikan perkara yang benar dan salah.

Untuk kali ini terdetik dihatiku untuk merungkai segala kekusutan yang menganggu fikiranku. Sebelum ini. Sewaktu aku menuntut di IPTA, terdapat juga kawan yang gemar mencukur bulu kaki walhal daripada apa yang telah ana belajar di sekolah mencukur bulu kaki hukumnya adalah haram kerana termasuk dalam MENGUBAH CIPTAAN ILLAHI.
Merujuk kepada hadis di bawah:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Ertinya :  Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo, tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta
dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah“ ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .

Dari apa yang ana paham berdasarkan hadith di atas, para wanita tidak dibenarkan mengubah ciptaan Illahi. Mencukur bulu kaki juga termasuk dalam kalangan mengubah ciptaan Illahi.


      “Namun , bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka , tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal , maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .

HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan dibetulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri.”


Kesimpulannya di sini, hukum mencukur bulu kaki adalah haram. Namun ia adalah dibolehkan sekiranya seseorang wanita itu mempunyai hormon yang terlalu kuat sehingga bulu kakinya menyerupai kaum lelaki dan membuatkan dirinya berasa rendah diri.
Bagi para wanita yang sengaja mencukur bulu kakinya untuk kepuasan dirinya semata-mata..hukumnya adalah haram kerana telah mengubah ciptaan Illahi tanpa sebab-sebab yang diizinkan syariat.

Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah, beringatlah yang segala kejadian yang terjadi atas diri kita adalah kehendak darinya..Redha dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan dari Dya untuk kita.Sesungguhnya segalanya adalah milikNya dan kita hanyalah peminjam untuk sementara.

Akhir kata, segala yang ana tulis ini adalah buat peringatan diriku sendiri dan kepada sesiapa yang sudi untuk menerima perkongsian ilmu dariku…segala Yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari diri ana sendiri.Allahwuhallam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment