Get widget here /
Powered by Blogger.

RSS

RezEki ALLaH BuatKu...

Alhamdulillah....
aku dah d semester 2
lagi 2 tahun aku akan tamatkan degree aku
emm 2 tahun..
lama agie 2
aku perlu berusaha n tabah
tuk hadapi segalanya
 
Dear ALLAH,
 Terima kasih beri aku rezeki yang ku x duga. Rezeki nie akan ku gunakan sebaik mungkin untuk pelajaranku..aku hanyalah pelajar biasa, namun dengan kuasaMu, permohonan biasiswaku diluluskan..Terima kasih Ya Allah kerana engkau berikan aku kekuatan dan semangat semasa temuduga scholarship.

Ya Allah....
   Sesungguhnya nikmat yang engkau berikan ini, mendekatkanku kepdaMu...aKu mengucapkan syukur kpadaMU krana berikan aku kesempatan untuk jauh dari riba PTPTN..
    
Ibu...
 Terima kasih pada mama yang mendokan kejayaaanku..aku tahu, mama banyak berdoa d Mekah agar permohonan biasiswa ni diluluskan...X sabar n khabarkan berita gembira nie kepada mama sepulangnya dri tanah suci...

Ku berjanji akan belajar lebih tekun sebgai tanda penghargaan...

SYUKRAN JAZILLAH......


YA ALLAHH.....







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

yey!! cuti lagii!!!

wah, dah lama aku x berdating ngan diary aku nie...penat laaa katakn sejak menceburkan diri dalam dunia perniagaan nie..ahhaha..berniaga la sangat.....tpi sangat best...!sesuai laa ngan course yang aku ngah belajar skunk..."MARKETING"...

.x sangka gakk aku dapt bertahan dah nak hampir 3 bulaan...bnyak btoii tekanan perasaan masa mula-mula aku kat situ....besalaaa...pekerja yg baruu nak biasakan diri ngan pekerjaan...

jurujual & juruwang...nie laa pekerjaan pertama lam hidup akuu..sebelum nie aku x pernah lansung bekerja cari duit sndri...pengalaman nie ada pahit manisnyaaa...yang manisnya bnyak sangt..tpi yang  pahitnya SEMINNGU SEKALI JA CUTI!!!!1..mak oiii..memanggg sesak nafassss....masa tuk bersama family cuti sem nie pownn terpaksalaa aku korbankan demi mencari duit tuk sem depan...

rinie aku cuti....malas la plakk akuu nk kuar jalan2 or g shopping...ikutkan hati memng nk g shopping tuk raya...al maklumlaaa berkerjaa mana laaa ku sempat beli apa2 agie tuk persiapan raya...tpi mlas la nk kuar...asa best lakkk kloo berkepit ngan adik2 kat umh nie...rindu sngt..tiap hari g keja aku jadi x sbrr nak balikk sebab rindukan family...yelaaa..bulan depan aku dah masuk belajar..kat JOHOR lak tu...memngg x dapt jumpa adik2 kesyngan aku dah lerrrr....menahan rindu je la....

adik bongsu

adik 1st

buka posa japgi aku nk blanja depa mkan apa lak yer?...minggu lepasss dahh blnjaa kfc...tpii x abes pownn..ngekk toiii....diet ke apa depa niee.....emmm...xpelaa..apa peee akuu dptt berbukaa ngan familyy riniee..bestnyaaaaaaa dapat cutii!!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenangan cuti sem bersama mama (1)

assalamualaikum..
dear diary,
Untuk kesekian kali saat bermulanya cuti sem nie, rinielah hari pertama aku merasakan aku dah lakukan tanggungjawab aku sebagai seorang anak yang baik...

gembiranya hatiku kerana Allah membuka pintu hatiku tuk bantu mama kemas halaman rumah.=)..
mama tebas pokok buluh, aku nie pulak tukang angkut phon2 yang dah x guna 2 menggunakan kereta sorong yang dah lama berkhidmat lam kluarga aku..

Kebiasaannya, aku hanya akan fokuz kebersihan dalam rumah ja, sebab aku tinggal dalam rumah, bukan luar umah, so halaman rumah 2 memang aku mals la nak ambik kisah..hahahaaaa....gpown nak bersihkan ruang tamu x seberat nak bersihkan halamn rumah..tambah-tambah halamn rumah aku nie penuh dengan aneka jenis pokok...apa ley wat, mak aku minat menanam..

selalo mama and ayah ja yang dok ambik taw hal luar umah...ayah mesin rumput, mama menebas..hehhee
tapi alhamdulillah,rinie terbuka hatiku tuk ringankan beban mama wat kerja-kerja berat...gembiranya aku rasa bila dapat mengurangkan titik peluh dari wajah ibuku...

pasni aku ingat nak tolong mama uruskan bendang belakang rumah plakk=)....nak cari pengalaman menyulam...hopee xdak lintah dan pacat yang akan "mencabul" aku...go jiehaa!!!!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jiwa yang KosOng

jiwaku sangat kosong...cuti yang membosankan, ditambah pula kesibukan mursyah zauji dengan sesi taarufnya di KUIS..benar-benar membuatkan jiwaku memberontak kerana tidak diberi peluang untuk berkongsi cerita hidup..hati kecilku menangis dalam diam...

entah mengapa lately aku sering moody dengan dia..maafkan daku..bukan niat ingin melukakan hati, tetapi barangkali ingin diberi perhatian lebih...terlalu mengada-ngada disitu..=_=...!!..

kadang-kadang aku sering terfikir apa ada pada cinta sehinggakan remaja terlalu "active" @ taksub dalam dunia "coupling"
aku sendiri hanya mnganggap couple tidak membawa makna apa-apa..
mengapa manusia mesti "bercouple" untuk menyatakan persaan cinta??? andai x "bercouple" x ley
dianggap mencintai ke????



yaa...aku mengaku, walaupun persoalan ini sering kali bertebangan di mindaku,tapi aku masih berhubungan
dengan mursyah zauji, 
ku akui, ada sesuatu yang istimewa pada mursyah zauji yang membuatkan aku sering kalah dengan perasaan sendiri untuk melepaskan dia
pada orang lain....
yeahhhhh...agak jiwang di situuuu..aku sendiri terasa geliiii
=_=





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

(¯`v´¯) JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAMU SEMATA KARENA ALLAH♥..♥..♥..♥.. `·.¸.·´`·.¸•â„’ℴνℯ~•♥•~

 Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum dia Halal Bagimu

 Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum dia Halal Bagimu
 
 Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum dia Halal Bagimu

 
 Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK

 
 Dia akan menjadikan dirinya imam yg soleh membimbingmu menuju NurJanah-NYA♥•~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT


Barisan Pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku (yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.

"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar

Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TaHap cinta Remaja...


Dimulakan dengan Bismillah......

assalamualaikum kawan-kawan....rinie entah kenapa aku teringin nak wat analisi tentang jenis-jenis cinta remaja yang ada kat sekeliling aku nie....kalo wat analisis tapi x kongsi x besh gak kan?..so aku terpikir tuk muatkan dalam blog aku yang masih baru nie...

sepanjang usia tua aku yang mencecah 20 tahun nie kan, banyak gak la ragam remaja dalam bercinta yang aku jumpa.. ada yang setia, ada yang curang, ada yang di duakan, ada yang sampai thap gila bayang nak bunuh diri laa..haisyhhh....macam2 kan sikap manusia nie?

Tapi yang paling aku pantang sekali bila:

  • Playboy vs Playgirl
Ini yang buat aku naik marah, bnyak dah orang camnie yang aku jumpa, cakap kat aku sayang giler kat pakwe @ awek dia, tapi boley plakk dok layan laki @ pompuan laen..pelik aku. kalo jenis yang x mengaku sayang tu x kisah la sangat, nie x...siap dah bincang sal kahwin tapi boley gie  dok ngorat orang lain,..memang nak kena lekuk skali...aku kaloo lelaki x kisah sangat laaa..sebab memang dah terkenal ngan buaya darat (TAPI X SEMUA), tapi kalo pompuan nie, cam x sesuai laaa....tapi sebenanrnya laki n pompuan zaman skrunk nie sama jaa..aku pown dah x dapat nak wat kesimpulan siapa yang lebih buruk perangainya..serius susah nak jumpa pompuan yang betul-betul setia sekarang ( nasihat untuk diri sendiri)..actually perlukah setia sebelim nikah?hahahahaaaaa...tepuk dada, tanyalah iman..akhir2 zaman nie, bukan kata pasangan couple, suami isteri pownn dah banyak kes curang...MENGAPAKAH???????


isteri curang?

lagi kes isteri curang

suami juga bermasalah


PERSOALANNYA??????

kesimpulanyya laki n pompuan sama ja jahatnya..uhuhuhuuh


By the way, sebenarnya keutuhan rumah tangga tu terletak pada keimanan suami isteri itu sendiri..(opsssss...aku pown x pham tiba2 pokuz sal rumah tangga lak, asal nak crita tentang cinta remaja)
Tapi apa salahnya masukan mowal value kan=)...tips keutuhan rumah tangga muslim=)






  •  Cinta bagai gila akhirnya terputus di tengah jalan

owhhh..ni jiwa kacau...hari-hari pergi dating, makan sama-sama, pergi kelas sama-sama (siap dengan baju yang sedondon agie), tiap-tiap malam gayut tepon, xda credit, "u tolong topup kat i" "i tolong topup kat u", beli hadiah 2 beli bagi hadiah nie, jalan beringin tangan la, peluk sana, peluk sniee..alahai. saat itu rasa seperti "dunia ini "ana" yang punya"!1...bercinta sampai x ingat nak jaga maruah diri...si arjuna minta tu bagi, minta nie bagi...pastu bila prut dah boyot, xde plakk si buaya darat nak bertanggungjawab...dapatlaa tengok wayang free...si gadis meleleh air mata, nangis, merayu si laki supaya bertangunggjawab...ahhh,, memang xlaaaaaa laki tu nak bertanggungjawab, pastu keluarlaaa kat berita, newspaper pasal pembuangan bayi...atas sebab????maksiat bermahara lela.



gaya duduk pown dah pelik

haisyhh..nie la akibatnyaaa kalo bercinta sampai x ingat dunia....x ingat mak bapak....kesian mak ayah...penat membanting tulang untuk anak-anak....siang malam cari rezeki..kadang-kadang sampai x sempat nak luangkan masa tuk anak-anak...tapi sebagai balasan, penghinaan dari masyarakat yang terpaksa ditangung. dek perbuatan anak-anak sendiri.  



  •  Cinta Hingga Ke Nafas teRakhir

yang nie yang paling aku x suka..aku pown x phamlaaaa manusia yang jenis camnie? apalaaa yang pasangan depa buat, sampai depa jadi angau, x sanggup ditinggalkan kekasih hati, x boley hidup tanpa kekasih la, sampai sanggup bunuh diri?hadoiiiiii..memngg x leyy blahh kan?.Ingatlaaa Allah itu sentiasa bersama umatnya..andai orang yang kita syg 2, x tercipta untuk kita, pasti ada hikmahnya...


ini kes bunuh diri fofular this year..cubaan bunuh diri kat KB mall...menyusahkan orang namanya..

kes bunuh diri jejaka ensem famous tahun 2010..tapi xkisah sangtlah since dia bukan muslim.tapi dia sangt cute!!!! aigoooo...

Yang nie yang paling aku impikann,..(^_^)
  •  KasIh Sayang hingga ke Jinjang Pelamin


haaa..niee yangg aku nak sangat nie..kahwin cepat2, pastu jadi isteri yang soleha...impian aku tuu1!=) waaaahh..aku yakin sangat ini lah percintaan yang paling di dambakan remaja di luar sana.. setelah segala onak dan duri, ranjau kehidupan, susah senang dilalui bersama,. akhirnya ke jinjang pelamin gak..alhamdulillah..bak kata pepatah "kalo jodoh x ke mana"..bahagiakan? hubungan yang dijaga bertahun-tahun, berbulan-bulan. berminggu-minggu, berhari-hari, berjam-jam, setiap minit asyik dengan ungkapan "i love u", "u love me" last-last kahwin juga..owhhh indahnyaa dunia..untunglaaaaaaa....x sia-sia bermadu asmara..hehe

sometimes aku pown takut nak bercinta nie..takut tergugat imanku...dok buat benda2 lara nie...especially bila terkenangkan yang "COUPLE ITU HARAM"


tapi bila pikirkan kita dah dapat "someone" yang terbaik untuk kita, xkan kita nak lepaskan begitu aja??...ANYWAY bak kata "si dia", kita bukan couple, kita dah bertunang, katanya since aku dah terima lamaranya, bermakna aku adalah tunangan orang..tapiiiiiiiiiiiiiiii..emmm...berat untuk aku barangkalii untuk mengakuinyaa...bukan senang nak mencintai dan dicintai....tepuk dada, tnya iman..sejauh mana iman kita untuk harungi dugaan bersama...doa aku, semoga kami dimurahkan rezeki supaya niat kami di tahun hadapan dapat disempurnakan..insyaallah.

actually ada agie yang nak dikongsi..tapi tngann dahh lenguhh..hari pownn dah lewatt malam..."si dia" pown dah mengeluh x luangkan masa untuk dia...i need to go...

to be continue.......

Diakhiri dengan Alahamdulillah kerana masih berkesempatan untuk meng"update" blog tuk kepuasan peribadi..=)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Final Exam yaNg ngelong!


Cuma tinggal satu je lagi paper yang aku kena berperang habis-habisan..LAW!! Tertekan study 2 memang xley nak kata apa dah la. Tiap-tiap kali study aku asa tertekan..aigoo...aku x puas hati laa untuk semua paper part 1 nie...arghhhh...degree memang susah...Masa diploma Lu aku x de laa asa tertekan sangat pas kuar dari dewan exam..tapi degree nieee...aiyoooo...bukan kata lepas kuar dari dewan, nak masuk pown aku dah asa nak luruh jantung aku..punya la cuak tahap gaban!!! lagi ngan masalah peribadi agiee...memang wat aku down la sem nie...

Kalo sem lepas belum Start exam aku dah x minat final exam...


Tapi untuk sem nie..semangat nak ambik paper 1st 2 kuat gilaaa...semangat nak abeskan sem 1 la kononyaaa..tapii past hadapi soalan degree..arghhhh...memngg asa nak bakor je semua ketas jwapan akuu....


memang aku x confident lansung ngan degree nie...haisyhhh..inie kaloo result aku jatuh nieee..pasti mamaku memulaka bicara cintanyaa ,

"haaaa.....2laaaa bercintaa agie masa study...kang result dah jatuh!!!!"potpett..potpett..blaa blaa blaaaa....

emmmm..x dapat den nak menjawab..kangg menjawab t kata melwan lak kan..tapi memang xde ketan sebab L.O.V.E laaaa.....semuaa sebab akuu niee yang malas nak study..

PADAN MUKA!!!!!..pastuu esokkk depan soalan examm..bleyy lakk dok watt mukaa stress kann..



tapii since mukaa akuu x seteruk nieee..kiraa ok la kann? niee dahh mcam hantuu mak limahhh..fuhh serammm...memang xda orang focus lam dewan klo nmpak muka aku camnie..semua dalam kebasahan( nak tencing)

aku pown x knai pmilik wajah ayu nie..maaf ambik tanpa izin
apa pownn skunkk nieee..aku tawakal je laaa......hope masih berjaya kekalkan pointer 3 ke ats...








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ya allah!!aku jatuh cinta!!!






ya allah...
periharalah hambamu ini
sesungguhnya engkau telah menerbitakn
perasaan cinta yang kuat buat dirinya
kuatkanlah imanku
dalam menempuh dugaan perasaan ini

ya allah..
jika benar dia adalah pemilik tulang rusukku,
engkau satukanlah hati kami berdua,
permudahkanlah hubungan kami berdua,
lalu engkau satukanlah kami
dengan ikatan pernikahan yang sah

ya allah,
sekira niatnya 
untuk memperisterikan aku
adalah keputusan yang tepat
engkau permudahkanlah
urusannya,
engkau jauhkanlah dya dari
malapetaka dan kecederaan
di saat mencari mata
pencarian sebagai
bayaran mas kahwin
sesungguhnya aku tidak
sanggup untuk melihat
walaupun segaris luka
di tubuhnya...

ya allah,
kami tidak pernah berniat
untuk mensia-siakan hubungan ini
kami ingin mengukuhkan lagi
ikatan antara kami berdua
berikahlah kami hidayah
dan petunjuk untuk kami
menghasilkan yang terbaik agar
kami terhindar dari
kancah penzinaan....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

barang Kesayangan aku!!!


p/s : nie blog tentang aku yang tangkap cintan…
if x sukaa..jngann teruskann…(^_^)
aku tulis blog niee just tuk tatapan aku sendiri di masa tua nanti..seronokkan dapat ungkit semula kenangan-kenangan masa muda apabila kita sudah meniti usia tua nanti..

tuk kali nie aku sangat berminat tuk nak mencoret tentang kisah kehidupan aku yang sedang ditemani bunga-bunga cinta…

aku macam korang gak..besala usia2 remaja nie kan…darah muda..suka sungguh layan cintan, merangkap benda-benda paling lagha(lara) kat dunia nie..actually kan bila dipikirkan blek, napa remaja suka tangkap cintan ek?emmm..kloo Tanya aku laaa, aku akan jawab sebab ada laki yang sudi trima aku seadaanyaa…owhhhh…bukan mudah owww owang nak trima kita seadaanya..klo owg yang kuar je dri prut mak, cun macho 2 xpelaaaa….tapi klo yang sebaliknya?hanya sikap kita yang akan dinilai orng..
untuk aku, Alhamdulillah, aku diberi kesempatan tuk berkasih sayang ngan seorang adam yang sangat baikk + sporting + penyayang + berugama + yang sewaktu nganyaa..malasnyaa nak puji lebih2..t ada owang yang sluar terkoyak lak kan..=)..

aKu sebenarnya baru je pulang dari Melaka niee….jalan-jalan ngan dua jejaka cool n terbaik yang pernah aku kenal..sorang yang amat bernilai buatku. N sorang lagi insyaallah akan jadi yang paling aku kasihi..emmm..dok tak dokk.. baru aku sedarr, upanya dah banyak barang couple antara aku ngan dya.wahhh..banyakk gakkk duit saku kami habis noo sebab tangkap cinta nie…aduh-aduhh….apa2 pownn aku sangat berminat  untuk simpan kenangan nie dalam blog aku..nanti ley la anak-anak n cucu2aku tengok betapa bestnya zaman bercinta nie..hahaha….wang saku men buang cam2 ja…hoho..

dalam banyak-bnyak benda yang kami ada, nie la barang couple pertama antra kami, our rings =)
..cincin nie disarungkan pada 17 OCTOBER 2010..actually kami start relationship 27 SEPTEMBER 2010, tapi disebabkan aku dilamar pada 17 OCTOBER 2010, so aku ambik tarikh nie sebagai anniversary kami…actually tarikh nie tarikh pertunangan kami..dari segi islam,”bila seseorang wanita tu dah bersetuju untuk menerima lamaran seorang lelaki untuk dijadikan isteri,bermakna hukumnya haram jika wanita tersebut menerima lamaran lelaki lain”ini apa yang si dia n abgku ajarla..tetapi disebabkan adat melayu,aku jadi x confident  tentang status tuning kami.tapi x kisahla, yang penting parents kami dah berkati hubungan kami.kami gunakan tarikh nie laaa tuk ukur tempoh hubungan kami sebelum kahwin.

haaa…nie barang first yang akuu kasi kat dyaa sebagai bufday diaa…MUG COUPLE.yang black for him.pink for me =)...bagus x aku?alang-alang nak abeskan duit beli adiah kat buah hati, bek beli yang pair kan??hehehe..jimat pown jimat, sweet pown sweet=)aku suka sangt mug nie, sebab cute sangat!!!!!..tapi dya genaa ek?heeheee…..

emm..nieee barang yang kedua aku belikan untuk kami berdua…SWEATER UITM!!!hahahaaa..abes xde sweater laen ka aku nak bagi kat dya????yup! memng xdalaaa that’s y aku beli yang nie!...aku nie memng susah nak beli baju..tapii klo bayar ansur2 tu xpalaaa..xlaa nmpakk mahal sangt walaupun hakikatnya memng mahal.aku baru ja bagi sweater nie kat dya semalam..bukan main suka g dia..lega hatiku dya berpuas hati ngan pemberianku=)..syukur dapat lelaki yang x brapa nak memilih….

Barang yang seterusnya pulak, ialah Bracelet…akuu sukaa nieee..dya yang pilih..otak dya memng jiwang  setiap masa..semua nak love..ala2 girly gitu..ehhee..jangan marah ye abgku cyunk…pada mulanya corak nie tinggal satu ja.memang sedihla.sebab kami suka barang couple.apa2 yang kami pakai or beli klo bley nak sama ja semua…cari punya cari, gali punya gali..akhirnya jumpa jugak..Alhamdulillah kami punya taste selalu sama ja..so apa yang salah seorang dari kami bagi  benda..selalunya masing2 berpuas hati...kami beli dekat Melaka…murahh ja nie..nak taw harga g cari sendiri..hheheee…

Emm apa lagii yaa..owhh ya terlupa lakk..wat masa sekarang nie la yang terlast sekali barang couple kami…T-shirt PUMA yang x brapa nak PUMA…ehhehee..nie simple jaaa.kamii jalan2 kat uptown..nampakkk..kamii tibaii jaaaa….tabi before nak tibai 2, kami cari inner itam dulu laa.sebab baju nie tngan pendek..memang xlaa dya nak benarkan aku pakai tangan pendek…cerai talak 3 truiihh..merana aku…hahaaa

Boley dikatakn kebnyakn barang couple kami, kami rembat kat Melaka jaa…sebab murah n unik=)..hehe..xperlu nak beli mahal2.nak beli mahal2 tunggu hantaran kahwin nanti..kehhkehhkehhh….biar murah asalkan hati nie ikhlas memberi dan menerima…g pown aku x pernah kisah nilai sesuatu..apa ja barang yang datang dari dya akuu akan jaga macam nyawaku..aku syg gila kot kat barang-barang yang ada kengan antara aku dan dia especially barang couple kami nie..gilerrr..x pernah agie aku kumpul barang couple..nie laaa 1st time akuu berminat tuk kumpul barang2 couple nie…sebab dia laa..dia ajar aku untuk jadi SWEET macam gula-gula kapas…

akhir kata aku tulis nieee just tuk mengisi masa senggangkuu...tanx ye pada kawan2 yang sudi baca post aku nieeee...
p/s buat mursyah zauji : u smile? i smilee too...I KaNgen U EVERYDAY..kehkehhkehhh

ehhhh....nieee.adiK upload sket gmbr kenangan kitaa...check it outtt!!! (^_^)..
    
 
happy together







































love botH of U!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku yang penat dengan hidup





Hari ini aku terpikir lagi,
terlalu banyak kepuraan
Sampai bila semua ini akan berakhir
Aku ingin menjadi diriku yang sebenar
Diriku yang pernah digelar
Sebagai “happy go lucky girl”
Tapi kenapa?
Kenapa aku x dapat menjadi seperti itu d sini?
Kenapa aku x dapat merasakan perasaan “happy” itu?
Adakah kerana jauh dari “family”
Menyebabkan aku rasa kurang kasih sayang?
Adakah kerana aku rindukan kawan-kawan disana?
Adakah kerana kurangnye keyakinan diri di sini?
Ya!
Mungkin itulah yang paling tepat sekali,
Di sini aku berasa terlalu “humble”
Dikelilingi kawan-kawan yang banyak kelebihan
Menyebabkan aku rasa
‘siapalah aku untuk mendampingi mereka’
Ya...
Inilah satu penyakit yang cuma aku
Boleh mengubatinyaa,
Tetapi kenapa sampai sekarang
Aku tidak menemukan jalan penyelesaian?
Apakah masalah aku sebenarnya?
Tidak hairanlah jika ada yang membenci aku,
Aku tidak menyalahkan mereka
Kerana aku sendiri memiliki
Perasaan bencikan diri sendiri..
Hinakah aku?
Tidak sama sekali
Aku dilahirkan hasil  benih kasih sayang
Mama n abah yang sah di sisi Islam
Tapi kenapa aku bencikan diri aku??
Kenapa?kenapa?kenapa?
Ya allah,
 bantulaa hambamu
Melayari liku-liku kehidupan..
Aku inginkan “happy” yang
Pernah aku rasakan suatu masa dahulu
Aku x ingin menjadi seperti sekarang
Hanya duduk memerhati dan tersenyum
Itupun kerana ingin mengambil hati
Yang memandang…
Sedangkan dalam hati inii
Hanya engkau dan akuu
Yang tahuu…tawarnyaa senyumanku..
Ya allah,
Aku tidak ingin melihat pandangan matanyaa
Yang terlalu sinis memandangku
Bencikah dia* padaku?
Hinakah aku di matanya?
perlukah aku luahkan segalanya padanya?
Segala keseksaan yang aku hadapi
 selama ini?
Sudikah dia untuk mendengar
Luahan hatiku?
Siapakah aku ini di matanya?
Bukan teman apatah lagi sahabat..
Walhal kawan pown tidak layak aku rasakan..
tidak mengapa..
mungkin ini ujian pertama buatku,
yang aku tahu, masih lum timbul
perasaan untuk membencikan 
wajah yang muncul lam hidupku
sampai saat ini akuu masih
ada perasaan untuk perbetulkan keadaan.
kerana aku masih menyayanginya
masih merindui dia..
sakit dia#, masalah dia,
aku masih ambil berat
walaupun mungkin dia tidak sedar..
yang aku x tenang saat dia menghadapi 
kesukaran dalam kehidupan..
Soal hati,
biarlah aku pendamkan dahulu,
kebahagian dia",kegembiraan aku jua
tulus ikhlas dari hatiku
aku sangat rindukan 
saat kami bersama..
Tuhanku,
Luka di hati hanya engkau yang tahu
Aku memerlukan engkau sepanjang hidupku
Kerana hanya engkau yang maha memahami
Tidak akan sesekali aku
Pergi jauh meninggalkanmu…
Hanya kepadaMu Yarobbi
Aku memohon kekuatan…..

dya(*)(#)(")...give different meanings

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali





1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn
selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah
amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah
amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan
"Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MenGiKis PeRasaaN beNci

Membenci seseorang bukanlah perkara yang membahagiakan. Lagi kita bencikan lagi hati kita akan sakit. Melihat dya bahagia adalah perkara yang paling kita x inginkan. Tapi layakkah kita untuk membenci seseorang? Sememangnya TIDAK LAYAK sama sekali.Siapa kita untuk membenci makhluk ciptaan Illahi? Kita sendiri punya kelemahan dan keburukan yang mampu membuatkan orang lain tidak senang dengan kehadiran kita.

Tapi lumrah kehidupan, setiap orang dalam dunia nie pasti ada orang yang dia x suka. Begitu juga aku.Semakin hari aku semakin x senang dengan kehadiran dia dalam hidup aku. Tapi apakan daya semua nie adalah hasutan syaitan.Kadang kala aku tewas untuk menepis bisikan virus nie.
Walaubagaimanapun aku tetap cuba untuk membuang perasaan ini. Sampai bila aku nak memendam perasaan ini? So aku ambik keputusan untuk buang perasaan ini. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk buang 100% perasaan benci kita pada orang. Tapi insyaallah andai kita ikot step by step, Allah pasti membantu kita.

Untuk diri sendiri,cuba mengamalkan step-step di bawah:
1)     1) Cuba membuka hati untuk terima kehadiran dia dalam hidup kita

2)    2)  Cuba mengambil hatinya (mendekatkan diri kita dengan dia)

3)     3) Sedaya upaya kita bersabar bila dya bersikap kasar atau x menyenangkan hati kita

4)     4) Banyakkan berdoa pada Ilahi agar Allah membuang warna hitam dalam hati.

5)     5) Memanfaatkan masa bersama yang ada

6)     6) Cuba mengubah diri sendiri ke arah yang menyenangkan pihak terbabit

7)     7)kalau kita nak marah atau benci pada seseorang, pandanglah terlebih dahulu sekecil-kecil perkara baik yang pernah dia buat pada kita

8)      8)memaafkan semua orang sebelum tidur malam.

Untuk step di atas aku gunakan bila timbul perasaan kurang senang dengan orang sekeliling.
Andai perasaan benci itu timbul antara kita dengan orang yang kita sudah tidak berhubung (putus hubungan) lain pula langkahnya. Kebenciaan di tahap ini mungkin lebih menyakitkan hati kita. Kita akan berdendam dan benci untuk melihat mukanya.

1)     1) Untuk masalah seperti ini penawarnya yang paling utama adalah penyelesaian secara face to face.   Kemarahan yang wujud dapat di redakan dengan memohon kemaafan

2)     2) Belajar untuk menerima hakikat akan apa yang terjadi.Meredhai segalanya

3)      3)Seperti biasa memohon pertolongan dari Illahi untuk membuang warna hitam dalam diri kita.

4)      4)Cuba muhasabah diri. Antara rasa tak suka, marah, geram dan rasa berlapang dada, sayang dan sabar, mana lagi baik di sisi Allah dan mendatangkan kebaikan berbanding keburukan

Di dalam al-Quran, Allah tegas memerintahkan agar seorang Muslim tidak memusuhi, mencaci, dan berburuk sangka kepada Muslim lain. Umat Islam harus memegang teguh persaudaraan Islam sebagimana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 103: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.’

Dari ayat ini bisa kita ambil hikmahnya bahwa sikap yang paling bijak ialah berusaha memperbaiki diri, sekaligus menjadi orang yang pemaaf. Sebab itulah yang selalu dilakukan Rasulullah SAW sepanjang hidupnya. Sedangkan hidup Nabi adalah contoh bagi setiap mukmin.

p/s : masa ngah usha2 blog someone..tiba-tiba terjumpa statement nie
Adakala seseorang tu tak ada salah apa-apa pun pada kita, tapi tengok muka dia sahaja dah membuatkan kita rasa meluat, menyampah dan benci.
Kategori “Muka mintak penampar!” kata senior saya di sekolah dulu.”
Ayatnya lebih kurang pengalaman hidupku…hehehe…sekadar perkongsian di masa senggang.sekian…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS